Wake Me Up, When September Ends..

Posted in Uncategorized on September 13, 2009 by Cleopatra.com

Malam ni aku masih lagi di ofis, beginilah setiap malam. Aku tak pernah merungut dengan kerja yang ada..Cuma aku cukup tersentap dengan kejadian petang tu. Aku rasa kredibiliti aku sebagai Producer benar- benar telah jatuh. Aku kalah dengan bebelan EP ku hari itu. “Intan I rasa u buat Rundown ni tak pakai otak, u main tulis je apa yang u nak tulis, I rasa baik u tak payah tidur hari ni, daripada tak tidur dan kena reshoot balik nanti”…Aku yang tak tidur dari malam tersengguk-sengguk menahan sakitnya telinga ni. Aku diam..tiba-tiba setitik demi setitik, dan kemudian menjadi laju..air mata ni turun menderu. Aku tak boleh nak kawal lagi dah. Aku rasa aku dah kalah, aku dah malukan diri aku. Aku mengaku aku   yang salah sebab tak buat betul-betul Rundown tu. Tapi aku bukannya sengaja nak buat memain, aku memang tak ada masa. Aku terpaksa sit editing Pilot & Episod 2 malam tu. Jadi aku memang tak sempat nak cantik kan Rundown Episod 4 . Kalau lah diberi kan masa yang banyak, mungkin aku tak akan buat salah yang memalukan aku sampai bila- bila ni..Ya Allah malunya aku..Bila aku kena perambat dengan Bonni, aku rasa betul-betul malu, aku rasa nak balik ofis dan terus resign hari tu jugak. Joyah join team COL  waktu tu pun dah lambat, aku dah jalan episod 2 masa tu. Tapi aku tak akan lupa kan kejadian tu..Aku tau nama aku pasti buruk kat ASTRO..Sampai sekarang pun aku malu nak pergi ASTRO lagi..Aku harap benda ni tak terjadi lagi lepas ni. Aku harap sistem yang ada di betul kan dan di selaraskan dengan baik.

Baru aku tau..

Posted in Uncategorized on September 7, 2009 by Cleopatra.com

Baru aku tau dia x cukup dengan yang sorang… baru aku tau bertapa gatalnya dia..baru aku tau bertapa sialnya dia….barulah aku tau segala-galanya tentang dia, tentang sifatnya..

Ruang yang ada…

Posted in Uncategorized on September 5, 2009 by Cleopatra.com

Hanya terdengar rintik renyai di luar,  dengan di temani cahaya handphone..aku melangkahkan kaki ku berjalan ke katil. Malam itu seperti malam yang sebelum- sebelumnya. Setiap hari hanya lah hari biasa. Entah kenapa aku merasakan jiwa ini begitu kosong sekali. Sejak pindah aku langsung tak usik sejadah & telekung. ..ya Allah aku semakin lupa kepadamu. Orang kata blog ni untuk kita berkarya, menulis dan menyebarkan berita. Tapi bagi aku blog ini memang untuk aku berkarya, kerana kesedihan, kebimbangan dan ketabahan ini lah yang ku anggap sebagai karya. Ada orang kata aku terlalu mengikut perasaan..tapi setiap orang ade perasaankan..bukan nak sangat ikutkan tapi itulah ketentuan. Ada orang kata aku ni suka berpaut pada sang dahan. Aku ni lurus dan terlalu setia, hanya mendengar dan menurut kata, bila dahan tu patah aku hilang arah..betul ke?..Tapi aada juga orang kata aku ni serupa macam lalang, ditiup oleh sang angin, di hembus oleh sang angin, pegangan ku asik berubah mengikut musim dan cuaca. Ada orang kata aku ni macam hujan, kilat dan guruh yang datang sekali ketika lebat. Aku cepat melenting, marah dan kalau kalah aku menangis..betul ke?

Dia kata…

Posted in Uncategorized on September 3, 2009 by Cleopatra.com

Dia kata ” Buat bodoh je dengan apa orang nak cakap, sampai bile nak jadi macam ni?, dibuatya ada rezeki 5 tahun lagi kat sini macam mane?…Mudah, senang, & ringkas benar ungkapan tu..Tapi bagi yang mengalaminya, yang merasai nya, yang mengharunginya..hanya tuhan saja yang tahu, mungkin dia akan rasa juga suatu hari nanti..dan mungkin orang lain pula yang akan mengeluarkan kata-kata dan ayat yang sama tadi…Sesungguhnya aku berlindung kepada mu dari segala kesusahan, kesedihan dan malapetaka YA ALLAH.

Apa akan terjadi?

Posted in Uncategorized on August 12, 2009 by Cleopatra.com

Apa akan terjadi jika separuh lautan yang terdapat di bumi ini adalah asid? Asid yang akan menyimbah bumi, mengalir tatkala banjir atau tsunami berlaku. Apa akan terjadi jika api itu bertukar menjadi angin?. Malapetaka apakah ini?, Sang hati melonjak-lonjak, keinginan untuk tahu semua perkara menyelubunginya.  Ah persetankan semua ni lah, yang penting aku tenang nanti, Kata si Hati, walaupun hatinya terhiris, terguris, terluka, bernanah dan menjadi kanser. Apa lagi yang perlu si hati korbankan?, tiada apa yang bisa melawan andai itulah takdir dan ketentuan. Hanya kini dan pasti sampai hari ini pun si Hati tidak akan melupakannya, manakah bisa kalau parut itu sembuh sediakala. Kata si Hati, Biarlah aku berjaya dalam kerjaya, biarlah aku hati aku mati. Tiba-tiba terdengar suara garau bergema “Hai hati, kau ini mudah benar putus asa nya, Kau terlalu mengejar dunia, hingga lupa akhirat nanti, kau sedih dan kecewa, kecewa kau seperti orang hilang akal kan, kenapa kau tak serahkan jiwa dan raga kau kepada tuhan mu?, kenapa kau tidak mencintai tuhan mu?, adakah engkau mahu bertongkatkan langit?”.

Kurang ajar, Tak adil, Biadap..Tema Perubatan Zaman Moden.

Posted in Uncategorized on August 6, 2009 by Cleopatra.com

Jam 11, daftar di kaunter B, seeorang perempuan  kat kaunter pandang aku cam tak puas hati plak…jeles kot aku sakit-sakit pun cun hahahah….Dah daftar aku duduk kat area Pusat Saringan 1  H1N1.  Min & Pian pergi cari air… 91,92,94,95,96..eh?..mana no aku?(93). Sebab dah tak tahan sakit aku berjalan ke kaunter tadi, aku tanya tapi sekor betina tengah syok bercinta dengan bf dia kat kaunter, sekor lagi yang pandang aku tak puas hati tiba-tiba tinggikan suara “Awak datang lambatkan, duduk lah dulu ramai lagi” (dengan nada yang sangat kurang ajar, macam budak tak sekolah). She look stupid!!!!!idiot!!!!…..i hate her, i never forgive her!!…fuck that gurl!!!..berlagak mengalahkan doktor!!!…patutlah ALLAH  bagi ko kerja jaga kaunter je…dengan pesakit ko tengking-tengking, ko malukan…What the fuck gurl? ko baru je jaga kaunter…sebab tu rezeki ko kat kaunter je gampang..mintak maaf & cari aku kat padang masyar.

Min & Pian muncul bawak air, lepas tu dorang hilang balik. Aku msg Razlan kalau boleh nak dia teman..Tengah msg-msg tiba-tiba dia hilang. Jam 1 pagi dipanggil untuk saringan H1N1. Doktor kata kena check darah. Tunggu lagi…Min & Pian muncul…aku tengok dorang dah mengantuk tahap gaban..Min bagi msg nak pergi tidur dalam keta. Emmm…tak leh jadi ni, mane lah Razlan ni tiba-tiba senyap..Aku dia lagi, tiba-tiba dia reply…rupenye dia tertido makan ubat, badan dia pun tak sihat. Tapi tetap gagahkan diri datang HTAR. Aku ke bilik saringan kedua, tiba-tiba keadaan jadi kelam kabut,entah kenapa ketiga-tiga doktor & seorang Nurse duduk menangok(relax), seolah-olah macam tak ada pesakit kat luar, agak lama mereka duduk mengangkang, pesakit kat luar dah mengamuk-ngamuk . Ada seorang makcik membebel…”ingat dia sorang je ke yang penat, kita dari petang tadi tunggu, anak kita makin panas badan”. Tiba-tiba Nurse yang duduk mengangkang tadi memanggil nama pesakit dengan perlahan-lahan(seolah-olah protes yang dorang penat, padahal kerja shift)..Nurse tadi tu mengandung…Dan Makcik yang membebel tadi menyambung bebelan nya “La..patutlah ikut mood mengandung rupanya”. Setepek kena kat muka Nurse tadi..hahaha..cayalah mak cik..Dah kena saun Nurse tadi bangun ambik Microphone dan panggil nama pesakit, then dia pulak membebel “Ha ni dah panggil dah, nanti kang cakap tak panggil pulak”.

Jam 2.50pagi, nama aku dipanggil Nurse pregnant tadi untu 2nd saringan. Doktor suruh pergi Bilik 3 untuk ujian darah, terpejam-pejam mata tahan sakit, doktor kata suhu tinggi 39.4, aku kena masuk air. Pergi bilik Zon Hijau pulak, Nurse masuk kan air satu tiub. Memang waktu tu dah darurat, tak ada katil dan bilik, yang ada hanya 1 bilik rawatan, tempat gantung tiub air  dan kerusi. So aku pun duduk lah kat kerusi, aku suruh Razlan masuk dalam teman kan. .sebab lama sangat air ni nak habis. Dalam bilik tu ada kanak-kanak, remaja & dewasa,kesiannya semua..apa dah jadi dengan negara kita? Hospital sesak, sampaikan wad pun penuh. Badan aku rasa lega lepas masuk air, but still weak coz dah 2 hari aku tak ada selera nak makan.

Jam 4 pagi, Doktor kata tunggu result darah kat bilik 2nd saringan tadi. Aku duduk di kerusi berdekatan pintu bilik tersebut..Sedang asyik menunggu aku terdengar 1 perbualan antara seorang pesakit dan Doktor.

Doktor : “Darah awak macam Suspek Denggi, tapi just Suspek je, ni Mc & list ubat awak”.

Pesakit : “Tak kena tahan wad ke?”.

Doktor : “Just Suspek tak ada apa”.

Huh simple nye, suspek denggi but tak tahan wad?, before ni kawan aku pun suspek denggi gak, tapi terus kena tahan..tak paham lah..Then yang lawak nya Doktor kata MACAM SUSPEK? hehe..doktor bertauliah ke ni?

Jam 6.30 pagi, Razlan tidur-tidur ayam, aku memang tak boleh tidur..Result darah aku keluar akhirnya. Doktor kata aku normal..lorr bila plak aku tak normalnya..Doktor just bagi list ubat. Aku berjalan ke kaunter farmasi, doktor bagi 4 jenis ubat, tapi tak ada plastik, dalam hati tetap bersyukur sekurang-kurangnya aku dapat gak ubat walaupun tak ada plastik.

Dan bila aku teringat detik-detik ni aku jadi sedih, Orang yang sepatutnya diberi amanah mestilah memikulnya dengan ikhlas, jangan memalukan, memperkecilkan orang lain. Kalau takut di lambung ombak jangan sesekali jadi penyelamat nyawa. Doa orang sakit orang yang dianiaya pasti dimakbulkan tuhan. Nurse yang pregnat tu, sedarlah yang awak tu pregnant, di sumpah seranah pesakit anak juga yang menjadi mangsa.

Kita sama-sama penat, ada pesakit yang dari tengahhari sampai pagi pun ada. Dari kajian yang aku lihat kebanyakkan yang bermulut lancang ni semua nya Nurse perempuan, sebab berbeza bila aku tanya dekat Nurse lelaki, dorang tau nak cakap baik-baik. Kepada lelaki yang menganggur kat luar tu sila lah mohon kerja jadi Nurse ye. Dah banyak kali aku terkena benda ni. Bukan di HTAR je, tempat lahir aku di HDKT pun sama gak. Mak aku pernah menjadi mangsa Kronisme, apabila Nurse yang jaga kaunter hadapan mendahulukan saudara mara, mok su, pak cik tiri belah mak anak luar nikah dia, semua yang dia kenal dia panggil dulu, tak ke gampang tu nama nya.  Di lahirkan jadi gampang gaknya. Dah lah mak aku ada darah tinggi & kencing manis. Naik darah tinggi orang tua tu. Biasa lah orang kerja GORMENT

Kupu-kupu

Posted in Uncategorized on June 3, 2009 by Cleopatra.com

Sumtimes kte mintak setangkai bunga yg segar, Dia beri kaktus yg berduri. Kita mintak kupu2, diberiNya ulat yg berbulu. Kita jadi sedih dan kecewa. Namun kemudian,kaktus itu menjadi berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu2 yg sgt cantik,..Indah pd masenye,itulah jln tuhan,kadang kala kte sedih,kecewa.Tapi,jauh diatas segalanye Die sedang mengatur yg terbaik untuk kehidupan kte. Amin….

Lalalalaaa….lalalaaaa..cari kerja…

Posted in Uncategorized on April 9, 2009 by Cleopatra.com

Menghitung hari..detik demi detik..sampai bila ku ada disini?…

Begitu hidup ini tiada yang abadi..hua..hua..hua..

Get ready guys…

TAZKIRAH..mari kita kongsi bersama

Posted in Uncategorized on February 9, 2009 by Cleopatra.com

1. Hendaklah dikalangan kamu punyai lidah yg terus berzikir, hati yg bersyukur & isteri solehah yg dapat memberi pertolongan dalam urusan akhirat (H.Tarmizi)

2. Sesiapa yg mengatakan celaka kpd manusia (sbb kelemahannya), maka sebenranya dia lah yg paling celaka drpd mereka itu (H.Ahmad).

3. Sesungguhnya ALLAH Azzawajalla menerima taubat seorang hamba selagi mana rohnya(nyawa)  belum sampai ke kerongkong (H.Muslim).

4. Berusahalah di awal pagi mencrai rezeki & keperluanmu, sesungguhnya pd pagi hari terdapat berkat & keuntungan (H.Thabrani).

5. Sesiapa mempertahankan kehormatan saudaranya di waktu dia tiada di hadapannya, maka ALLAH akan mempertahankan kehormatannya di hari kiamat (H. Abu Dunya).

6. Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kpd tubuh & rupa paras kamu tetapi melihat kpd hati & amalan kamu (H.Muslim).

7. Tiada jangkitan, tiada sialan, tiada sial pada burung hantu, taiad sial pada bulan Safar dan larilah ari kusta seperti lari kerana takutkan singa. ( H.Bukhari).

8. Bacalah Quran, sesungguhnya Quran itu datang pd hari kiamat sebagai pemberi Syafaat (penyelamat dr neraka) kepada pembacanya (H.Muslim).

9. Rasullullah ditanya : 2 org bertemu mana 1 yg patut memberi salam. Jwb Rasullullah : Yg memulakan salam itu lebih baik di sisi Allah (H.Tarmizi).

10. Sesiapa yg solat, tetapi solatnya tidak dapat menjauhkan dia dari perbuatan keji dan mungkar, maka solatnya hanya menjauhkan dia dari ALLAH (H. Baihaqi).

11. Patutkah kamu menyuruh org berbuat baik, sedangkan kamu sendiri lupa membuatnya)kewajioan itu?, sedangkan kamu tahu kandungan nya di dalam kitab!! (S. Baqarah : 44)

Queen Of Controversies..

Posted in Uncategorized on January 11, 2009 by Cleopatra.com
cun

cun

Sapa lagi kalau bukan fasha Sandha, orgnya cantik dan suka senyum..she’s nice gurl..

tunggu la, n tgok c.a.m ep fasha eh

tunggu la, n tgok c.a.m ep fasha eh

ibu fasha, mama sangat baik dan melayan kami dengan begitu ramah. Kak Yasmin pengurus Fasha dah balik time ni, yang ambik gambar kami ni make-up artis fasha Dek Sha. Fasha ni periang dan pandai buat lawak rupanya. Manja pulak tu..